Friday, December 3, 2010

bayi kepala besar perlu bantuan

Salam...

Ari rabu yang lepas en suami ada cakap..pasal bb ni..za amat bersimpati ngan nasib bb ni..sama baya ngan si tenit...sila baca kat bawah yer for details..ari ni rasa nak gi keliling kilang gi mengutip derma utk bb ni..at least boleh ringankan beban ibu n ayah nyer...



KANGAR – Seorang ibu buntu memikirkan mengenai masa depan anak lelaki sulungnya Mohd Irfan Mohd Iswandi, empat bulan yang menghidap penyakit hydrocephalus atau kepala besar sejak dilahirkan.

Norzana Zainon, 25 dari Taman Gasing, Jejawi di sini berkata, kebuntuan itu disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya dan suami, Mohd Iswadi Mohd Azid, 28, kerana setiap bulan mereka terpaksa memperuntukkan kira-kira RM500 untuk keperluan asas dan kos perubatan anak mereka.

Menurutnya, Mohd Irfan yang dilahirkan dengan berat 3 kilogram itu dilihat semakin kurus berbanding sebelum ini. Penurunan berat badannya itu berpunca daripada pertukaran susu yang diminumnya.

“Sebelum ini saya memberinya minum susu yang lebih berjenama dan khusus untuk kanak-kanak pramatang bagaimanapun, sejak sebulan lalu saya terpaksa bertukar kepada susu lain dari jenama yang lebih murah.

“Tetapi sejak bertukar kepada susu baru ini, tubuh Irfan semakin susut dan beratnya sudah berkurangan kepada 5.3 kilogram sahaja,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan daripada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sena, Jamil Saad dan isterinya, Marzita Mansor.

Sempena kunjungan itu, Jamil dan Marzita yang hadir bagi pihak persatuan isteri-isteri wakil rakyat turut menyampaikan sumbangan wang tunai daripada Bakti kepada Norzana.

Norzana yang bekerja di sebuah klinik berkata, Mohd Irfan sejak dilahirkan sangat aktif dan tidak banyak meragam namun, dia memerlukan perhatian sepenuh masa.

“Ketika saya keluar bekerja, Irfan akan dijaga ibu dan ayah saya yang tinggal bersama.

"Bagaimanapun saya terpaksa mengambil cuti sekiranya perlu menghantar Irfan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Irfan memerlukan penjagaan rapi kerana jika dia tidak sihat atau demam, dia mudah mengalami kejang dan jika dibiarkan amat berbahaya,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami terpaksa berulang-alik ke hospital Pulau Pinang setiap bulan bagi membawa Irfan membuat pemeriksaan kesihatan berikutan dia pernah menjalani pembedahan memasukkan tiub dari kepala ke perut semasa usianya sebulan.

“Kini rawatan pemeriksaan itu diteruskan setiap bulan bagi memastikan kesihatannya terjamin,” katanya.

Bagi yang bersimpati kepada kanak-kanak ini boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Norzana di nombor 09010020647347.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...